Bila Lampu penunjuk bateri menyala
Sekadar nak syer pengalaman aku yang melayan kerenah kereta proton waja ni mengenai lampu penunjuk bateri di panel meter kereta. Apabila lampu penunjuk bateri ni menyala pasti ada yang tidak kena pada
1) sistem pendawaian kuasa,
2) komponen ( seperti fius ),
3) penjanakuasa ( alternator ) , dan
4) penyimpanan kuasa ( bateri ) .
Perlu di ingat : hanya 4 bahagian ini sahaja yang berkaitan dengan lampu penunjuk bateri ini.
Simbol yang biasanya terdapat di papan muka meter adalah seperti berikut :
Sebenarnya, keadaan dan cara lampu penunjuk itu menyala juga sudah memberi kita insyarat mengenai kerosakan yang di alami ketika itu. Kadang-kadang kita sahaja yang tidak sedar atau memahami bahasa isyarat kereta kesayangan kita. Mereka juga ada bahasa mereka tersendiri jika kita mendalami dan memerhatikan gelagat kereta kesayangan kita ini. Apabila enjin telah dihidupkan sepatutnya lampu isyarat ini akan terpadam tetapi jika sebaliknya bermakna kereta anda di dalam bermasalah. Di pendekkan cerita, aku hendak berkongsi pengalaman ini bersama-sama mengenai lampu isyarat bateri ini seperti di bawah ini.
Jika Lampu isyarat bateri ini terkedip-kedip / terkelip-kelip / terkebil-kebil secara rawak.
Ini bermakna sistem penyambungan wayar dari alternator ke bateri ada masalah. Periksa setiap penyambungan wayar tersebut samada ikatannya ketat atau longgar. Jika longgar sila ketatkan. Biasanya ini selalu terjadi di bahagian bawah fius di tepi bateri seperti gambar di bawah ini.
1) Masalah : Kadang-kadang penyambungan wayar di bahagian ini mengalami pereputan berkarat setelah sekian lama dan menyebabkan helaian wayar yang tertinggal semakin sedikit. Selain itu tahap kepanasan yang di tanggung oleh wayar ini juga tinggi kerana ia mengalirkan arus yang tinggi sehingga maksimum 80Ampere ke dalam bateri. Maka makin cepatlah proses pereputan helaian wayar ini berlaku. Dan ditambah lagi dengan wap yang terhasil dari bateri menambahkan lagi kesengsaraan wayar ini akibat proses pereputan (berkarat). Inilah yang menyebabkan kuasa yang dihasilkan oleh alturnator tidak stabil dan menyebabkan lampu penunjuk bateri berkelip-kelip secara rawak.
Jika Lampu isyarat bateri terus menyala tidak padam selepas enjin dihidupkan.
Jika masalah ini berlaku maka ini menunjukkan ada kerosakan kekal kepada sistem kuasa kenderaan kita. Cara untuk memeriksa kerosakan adalah seperti di bawah:
2) Cara memeriksa Kerosakan Fius : Biasanya kerosakan fius dapat dilihat dengan mata kasar dan kita boleh lihat jika wayar halus yang menjadi penyambung telah putus.

Cara baikinya : Kikis dan bersihkan hujung wayar tersebut sehingga berkilat. Kemudian sambungkan hujung wayar tersebut dengan kepala pengikat menggunakan soldering iron. Ia lebih selamat dan kuat.
Gambar ini diambil setelah disolder wayar tersebut dengan kepala pengikat kaki fius 80 Ampere.
Setelah siap di solder kotak fius 80Ampere ini di tutup dan di lilit kembali dengan tape supaya nampak kemas dan menyakinkan.
2) Masalah : Lagi satu perkara yang boleh menyebabkan lampu isyarat bateri terkebil-kebil ialah ikatan wayar di dalam kotak fius 80Amp tersebut longgar. Apabila ikatan telah longgar maka kestabilan arus akan terganggu. Apabila arus yang terhasil tidak stabil akan menyebabkan lampu ini berkelip-kelip juga.
Cara baikinya : Ketatkan skrew penyambungan anatara wayar dan kaki fius tersebut.
3) Masalah : Jika kepala bateri tidak diikat dengan sempurna ini juga boleh menyebabkan lampu isyarat bateri boleh terkedip-kedip. Kepala bateri bahagian grounding jika tidak kuat diikat akan menyebabkan simptom tersebut seperti gambar di bawah. Masalah ini juga menyebabkan radio seperti kurang menerima signal atau berbunyi berdesirrr...
Cara baiki : Ketatkan skrew kepala bateri di bahagian grounding.
Jika Lampu isyarat bateri terus menyala tidak padam selepas enjin dihidupkan.
Jika masalah ini berlaku maka ini menunjukkan ada kerosakan kekal kepada sistem kuasa kenderaan kita. Cara untuk memeriksa kerosakan adalah seperti di bawah:
1) Cara memeriksa kerosakan Alturnator : Apabila enjin dalam keadaan hidup dan kita tanggalkan sambungan ke bateri. Jika enjin mati ini menunjukkan Alturnator mengalami kerosakan. Jika enjin terus hidup ini menunjukkan alturnator masih dalam keadaan baik. Gambar di atas menunjukkan rupa alturnator.
2) Cara memeriksa Kerosakan Fius : Biasanya kerosakan fius dapat dilihat dengan mata kasar dan kita boleh lihat jika wayar halus yang menjadi penyambung telah putus.
No comments:
Post a Comment